Pages

Thursday 19 May 2011

.:: PeNGuRuSaN MaSa ::.

PENGENALAN
     Pengurusan masa bermaksud anda mampu menguruskan masa secara berkesan bagi melakukan aktiviti harian dan merasa puas hati dengan apa yang telah anda lakukan. Pengurusan masa yang berkesan merupakan ciri penting di dalam gaya hidup yang sihat. Menguruskan masa melibatkan penggunaan peralatan dan kaedah atau teknik untuk merancang dan menjadualkan masa dengan sesuai dan tepat. Peralatan dan teknik tersebut bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan penggunaan masa anda. Pengurusan masa amat penting bagi membantu remaja mengurus dan mengendalikan masa dengan bijak dan bertanggungjawab.



KEPENTINGAN PENGURUSAN MASA
Apabila anda gagal untuk menguruskan masa dengan bijak, anda mungkin:
  • Membazir banyak masa yang berfaedah.
  • Menjadi tidak produktif.
  • Mendapat stress.
  • Menjadi cemas dan bimbang.
  • Bertambah gusar dan mudah marah.
Dan yang paling utama, anda:
  • Gagal menyiapkan apa-apa tugasan pada masa yang ditetapkan.
Keadaan stress kerana kerja yang tertangguh.

Masa amat penting untuk semua makhluk di dunia ini. Di dalam al Quran  banyak ayat yang menyentuh tentang pentingnya mengurus masa. Salah satu ayat al Quran yang menyentuh kepentingan masa adalah seperti berikut. Maksdunya:

    "Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran"

 
PEMBAHAGIAN MASA
    Pembahagian masa kepada semua manusia adalah sama banyak. Setiap orang akan menerima masa yang sama dalam sehari iaitu 24 jam. Penggunaan masa dalam sehari, seminggu,sebulan dan seterusnya akan memberi faedah hanya kepada mereka yang pandai mengurus masa.


    Dalam hal ini Rasullulah s.a.w berpesan: Bersedialah
  1. Masa hidup sebelum mati
  2. Masa sihat sebelum sakit
  3. Masa muda sebelum tua
  4. Masa kaya sebelum miskin
  5. Masa senang sebelum susah
    Peringatan ini kepada semua pihak terutamanya kepada para pelajar yang akan menempuh alam peperiksaan.Persediaan masa belajar diperingkat awal akan memudahkan pelajar menghadapi persediaan peperiksaan pada peringkat akhir.Jika penggunaan masa dapat diatur dengan bijak sudah pasti akan membawa kejayaan yang cemerlang.



                                                      Kejayaan bersama



Faktor-Faktor Pengurusan masa.         
     Sebelum dapat mengurus masa dengan bijak, terdapat beberapa perkara atau faktor yang boleh menyebabkan seseorang kehilangan masa dengan cara tidak berfaedah. Misalnya:
  1. Keluarga
  2. Rakan
  3. Aktiviti yang tak berfaedah
  4. Pengaruh media massa.
  5. Sikap.

                                                               Keluarga

                                  Pengaruh yang paling kuat adalah kawan-kawan.


CARA PENGURUSAN MASA
Terdapat beberapa kaedah mengurus masa agar tidak terbuang begitu saja. Misalnya:
  1. Senaraikan semua aktiviti yang dijalankan dalam satu hari.
  2. Susun atur aktiviti berdasarkan kepentingannya.
  3. Elakan menyenarai aktiviti yang tidak berfaedah.
  4. Agihkan masa dalam sehari untuk setiap aktiviti.
  5. Buat satu jadual untuk aktiviti anda dengan masa yang diperuntukkan.
  6. Disiplinkan diri melakukan semua aktiviti yang telah anda tetapkan.
  7. Jika berjaya dalam sehari,cuba buat jadual aktiviti dalam masa seminnggu.
Jika amalan di atas dapat dilakukan dengan teratur dan berdisiplin,sudah pasti para pelajar dapat menggunakan masa dengan baik.