Pages

Saturday, 10 December 2011

.:: SoALaN BiaSa LeLaKi tAnYa pERemPuAn dAn kEnApA ::.

Perhubungan antara lelaki dan perempuan sememangnya sesuatu yang agak kompleks untuk dikaji secara mendalam. Walaupun begitu kajian demi kajian telah dilakukan untuk membolehkan perempuan dan lelaki saling memahami. Walaupun tidak faham sepenuhnya, tetapi cukup sekadar untuk mengetahui bagaimana perlakuan 2 gender yang berlainan.


Untuk entri kali ini, juga berkaitan gender (yup kerana topic gender seronok untuk dibicarakan.:). entri kali ini merujuk kepada ayat biasa yang digunakan oleh lelaki apabila memulakan percakapan dengan perempuan apbila berhubungan melalui telefon. Aku bagi 2 contoh la yang biasa digunakan dan kenapa digunakan serta kenapa perempuan tidak perlu mempertikaikannya.







1. "Apa khabar, sihat tak ?"

Memang biasa dan begitu normal untuk menanyakan keadaan seseorang itu samada sihat atau tidak. Walaupun tiap-tiap hari anda bertanyakan kepadanya.

call dan panggilan

i)  Semestinya untuk mengetahui samada orang yang ditanya itu sihat atau tidak.
    Kenapa.? Jika jawapannya adalah sihat - soalan susulan dan tindakan adalah tidak sama jika jawapan yang diberi adalah tidak sihat.

ii)  Bagi hint modal untuk bermanja.
     Contoh la jawapan perempuan bagi tidak sihat. Lelaki akan tanya balik. 'Ye ke, sakit apa'. Perempuan boleh jawab. 'Sakit rindu kat awak la'..bla bla bla.. Tengok kan sudah boleh jadi model untuk beranja-manja..ha³.

Jadi jika lelaki bertanya awak apa khabar?, sihat tak.?.Perempuan jangan la nak tanya pula kenapa kami orang lelaki tanya macam tu. Takkan kami hendak mula. "hi awak, eh tak mati lagi rupanya". Kan sadis sekali permulaan macam tu..ha².


2. "Awak tengah buat apa tu.? "

Selepas soalan awak sihat tak.? soalan susulan yang biasa keluar adalah awak tengah buat apa tu.? Walaupun korang berdua baru sahaja berchatting atau berbalas komen di facebook, kemungkinan ada untuk soalan 'awak tengah buat apa tu?' juga ada. Kenapa ek.?

kucing comel

i)  Memang hendak tahu buat apa kerana lelaki ada juga perasaan curious. 

    Masa chatting/balas komen ta dengar apa. Masa bercakap di phone akan dengar bunyi. Lagi lelaki akan tanya jika ada bunyi-bunyi lain dibelakang. Contoh bunyi kuali ke, bunyi muzik ke. So memang lelaki hendak tahu perempuan sedang buat apa.

ii)  Bagi hint model bermanja.
     Contoh kalau jawapan biasa. Awak buat apa.? Jwpn: Tengah cakap dengan awak la.. Kan tak best jawapan macam ni. Cuba kalau ditanya awak buat apa. Jwpn: Entah saya tengah cakap² dengan benda petak ni tapi ada suara awak yang kuar. Best juga suara awak eh, macam artis indon".. Ha, kan lain sikit jawapan tu. Walaupun soalan biasa, awak tengah buat apa tu, tetapi jawapannya boleh dipelbagaikan.:)

Selain lelaki menggunakan ayat tanya awak sedang buat apa tu, kami juga suka meneka, ataupun buat-buat meneka.
Contoh, 'awak tengah baca buku ek. '
Kalau jawapan betul, boleh la berlagak sikit. 'Tengok, saya memang ada kuasa psikik'
Kalau jawapan salah, soalan susulan, 'Dah awak tengah buat apa tu' yang mana soalan ni merujuk kembali kepada point di atas.:)

iii)  Tengah pikir point lain.
       2 soalan ambil masa 2 minit. Eh, ingat kami lelaki ni tak kena pikir ke. Kami kena pikir soalan apa yang hendak tanya seterusnya.:). So kira 2 soalan bonus di atas macam nak curi masa sikit la untuk pikir soalan seterusnya. Susah juga jadi lelaki ni, kena selalu berpikir apabila berbual dengan perempuan.:)

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

So bagi aku pun, memang biasa untuk tanya 2 soalan ini apabila memulakan percakapan. (tapi sekarang macam dah kurang memulakan percakapan.ha³). Kan kalau guna soalan lain yang ganas terkejut pulak. Juga soalan² lain yang biasa seperti 'awak sudah makan ke', 'awak sudah mandi ke' , 'awak pergi mana tadi'..

Oleh itu, lelaki sudah menanyakan 2 soalan yang bagus untuk permulaan percakapan. terpulang kepada perempuan bagaimana untuk mencorakkan bagaimana perbualan ini seterusnya. Anda boleh menjadikannya seronok atau menjadikannya hambar.

Bukan kami lelaki tidak boleh tanya soalan lain, tetapi lelaki juga lebih suka untuk menunjukkan mereka mengambil berat.:) Dan juga jangan ditanya kepada lelaki yang telefon anda, "Awak tak de soalan lain ke".. Kan terus dia tak telefon nanti..ha³

Satu lagi pesanan kepada kaum perempuan , kalau hendak tahu susah senang, cuba korang start perbualan dan korang kuasai sepenuhnya. Korang suruh lelaki jawab je, korang tanya. Baru korang tahu susah senang hendak menjana pertanyaan untuk memastikan perbualan tu tak 'mati'..:)

Tuesday, 4 October 2011

.:: 11 Tips Menghindari Marah ::.

MARAH

Pernahkah anda mempunyai perasaan marah? Sehinggakan, kadang-kadang anda berasa ingin mengamuk?

Article ini cuba menyingkap 11 cara-cara untuk sedikit sebanyak utk menghidari diri kita daripada sifat marah.

IMAM Syafie ada menegaskan: “Marah adalah satu di antara panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.”

Apabila marah dituruti, ia akan membakar kebaikan seperti api membakar kayu dan tiada yang tertinggal kecuali debu. Bagi menghilangkan perasaan marah ada beberapa panduan yang boleh diikuti, iaitu:

1. Perlu berasa malu dengan Allah atas segala tindakan kita. Allah memerhatikan segala tindakan dan sikap biadab kita.

2. Apabila datang perasaan hendak marah, ingatlah kita ini hanya manusia yang hina.

3. Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah supaya Allah selamatkan kita daripada sifat marah.
Berdoalah kepada Allah swt
. `                                      kucing yang tidak berakal pun berdoa, inikan manusia yang diberikan nikmat akal.                                             
4. Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah. Ia mungkin membawa kepada permusuhan dan balas dendam daripada orang yang kita marahi.

5. Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika marah. Ia lebih buruk daripada perlakuan seekor haiwan apabila kita dalam keadaan marah.


6. Apabila datang perasaan marah, banyakkan membaca istighfar kerana marah itu datang daripada syaitan.

7. Apabila marah sedang memuncak, ambillah wuduk kerana ia dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.
Berwuduk dapat kurangkan kemarahan kita.

8. Jika marah tidak dapat hilang dengan melakukan perkara seperti di atas, hendaklah tidur. Ini kerana ia dapat meredakan perasaan marah apabila bangkit dari tidur nanti.
Dengan tidur dapat mengurangkan kemarahan.

9. Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datang daripada Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah?

10. Apabila kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Begitu juga dengan orang lain yang melakukan kesilapan, tidak suka dimarahi, sebalik ditegur secara baik.

11. Satu cara lagi, apabila marah datang, sedangkan kita berdiri, duduklah. Apabila duduk, bersandarlah. Insya-Allah marah akan mula reda.
Apabila kita marah semasa berdiri, maka duduklah dan bersandar. Marah akan reda sedikit.



Semoga kita sama-sama mengawal sifat marah...walaupun tidak sepenuhnya..namun jika kita megaplikasikan tips-tips di atas..insyaAllah, kita akan menjadi seorang insan yang lebih baik setiap hari dan mungkin juga, kita menjadi sukar untuk menjadi seorang yang pemarah...segalanya pasti berlaku dengan izin daripada Allah yang Maha Esa dan yakinlah kepada-Nya...

Waalahua'alam...

Saturday, 20 August 2011

.:: TiPs PuAsA DiTeRiMa ALLaH ::.

Imam Abu Hamid al Ghazali di dalam Ihya’ ‘Ulum al Din pernah mengemukakan sebuah permasalahan, “Apakah ada puasa yang sah tetapi tidak bernilai”. Dalam hal ini, ia menjelaskan bahawa ungkapan sah adalah istilah yang digunakan ahli fiqih terhadap puasa seseorang yang memenuhi syarat dan rukunnya saja. Namun, ulama yang ia sebut dengan ulama akhirat  tidak hanya berorientasi kepada penilaian sah semata, tetapi lebih berorientasi kepada kualiti puasa sehingga diterima di sisi Allah.

Berdasarkan tujuan tersebut, al Ghazali memberikan enam tips agar puasa dapat diterima di sisi Allah.

Pertama,
Menjaga pandangan dari sesuatu yang diharamkan. Ia karenakan terdapat hadis Nabi SAW yang menyebutkan bahwa pandangan terhadap sesuatu yang haram adalah bahagian dari ‘panah-panah’ syaitan. (HR. al Hakim dan al Thabrani).
Tundukkan pandangan anda!!

Kedua,
Menjaga lisan dari ghibah, dusta, gosip, cacian, dan debat. Al-Ghazali menyarankan agar orang yang berpuasa lebih banyak berzikir dan membaca Alquran. Beberapa ulama dari kalangan Tabi‘in seperti Imam Sufyan al Tsauri dan Mujahid sepakat bahwa berbohong dan bergunjing dapat merusak nilai puasa. Nabi SAW pernah mengingatkan, “Apabila seseorang di antara kamu berpuasa, maka janganlah berkata keji dan bertengkar. Apabila ada orang yang mengajak bertengkar, maka katakanlah ‘Aku sedang berpuasa’.” (HR. al Bukhari dan Muslim).

Ketiga,
Menjaga pendengaran dari mendengarkan yang dibenci oleh Allah. Al Ghazali menegaskan bahwa bersikap diam ketika ada pergunjingan termasuk diharamkan. Ini dikarenakan Nabi SAW melarang melakukan pergunjingan dan juga mendengarkannya.

Keempat,
Menjaga anggota badan seperti tangan dan kaki dari aktivitas yang tidak disukai Allah, dan juga perut dari memakan sesuatu yang syubhat ketika berbuka. Al Ghazali mengingatkan bahwa puasa tidak bernilai jika menahan diri dari sesuatu yang halal, namun berbuka dengan sesuatu yang haram.

Kelima,
Menahan diri dari berbuka secara berlebihan, walaupun makanan yang dimakan halal. Tradisi makan beraneka ragam makanan khusus pada bulan Puasa, ternyata juga menjadi kebiasaan sebagian umat Islam di zaman al Ghazali. Ini membuat ia heran dengan mengatakan, “Spirit dari puasa adalah meminimalkan kekuatan hawa nafsu, sedangkan itu tidak akan diperoleh kecuali dengan cara meminimalkan makan”. Selain itu, makan dan minum yang berlebihan juga berakibat malas dan suka tidur, sehingga tidak mampu memakmurkan malam Ramadan.

Keenam
Menghadirkan perasaan takut (khawf) tidak diterima puasanya, dan harap (raja’) agar Allah menerimanya. Ini dilakukan setelah berbuka puasa, bahkan setiap selesai beramal apa pun. Ini dikarenakan jika Allah menerima puasa seseorang maka ia akan menjadi golongan yang diridai. Adapun sebaliknya jika Allah menolaknya maka orang tersebut akan menjadi golongan yang dimurkai.

Dengan demikian, pesan-pesan Imam al Ghazali tersebut dapat disimpulkan agar puasa diterima, maka orang yang melaksanakannya harus berpuasa secara zahir dan batin. Semoga Allah menerima puasa kita, sehingga menjadi hamba yang diridai-Nya.

Saturday, 25 June 2011

.:: Tips cArA bELAjAr bErkEsAn ::.

Assalamualaikum wbt.. hye bertemu kembali setelah sekian lama x update mende ni. Sibuk menyusun dan merancang program untuk memberikan input dan pengisian kepada sahabat mahasiswa. Alhamdulillah, minggu lepas selesai sudah satu program yang diberikan nama program 'DOUBLE 4 FLAT'. Alhamdulillah, program itu berjalan dengan lancar walaupun ada beberapa halangan, dan berjaya dilalui dengan penuh ketabahan dan kesabaran. 

Jadi pada post hari ini, saya ingin berkongsi bersama sahabat sekalian mengenai tips cara belajar dengan lebih berkesan. Kebanyakan dari kita yang berumur antara 18-24, yakni dari golongan belia adalah mahasiswa sepunuh masa. Mereka belajar di pelbagai Institut Pengajian Tinggi (IPT) sama ada awam mahupun swasta. Tidak kira di mana pun kita belajar, yang penting kita mendapat inputnya. Input yang diperoleh kita dapat adalah untuk Allah swt.. Semoga ilmu yang kita dapat, kita dapat amalkan dan disampaikan kepada mereka yang lain. 


Mahasiswa yang mengamalkan cara belajar yang betul akan lebih mudah mencapai kejayaan berbanding dengan mahasiswa yang belajar tanpa mengikut tatacara yang bersistem. Berikut ini disenaraikan dua puluh kaedah belajar yang berkesan untuk membantu sahabat sekalian berhadapan dunia peperiksaan.

 Hargai masa anda!!!!

Pertama – Tidak mensia-siakan biar pun seminit
Seorang mahasiswa yang cemerlang menggunakan masa yang teruang, masa pertukaran kelas, masa menunggu kereta sewa, masa sebelum hidangan makanan. Mereka boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang telah mereka baca.

Kedua – Membawa buku ke mana sahaja mereka pergi
Amalkan sikap membawa buku setiap ketika. Sikap ini bukan bermaksud kita mesti membaca buku tersebut. Kemungkinan diri anda tidak membaca apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran. Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.

 Bawa dan bacalah buku!!

Ketiga – Gunakan masa awal pagi
Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang anda lemah. Pupukan semangat belajar pada awal pagi biar pun anda tidak terasa mahu membaca. Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan membolehkan anda mulakan hari tersebut dengan azam untuk berjaya.

Keempat – Buat nota ringkas 
Mahasiswayang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas. Nota tersebut adalah untuk membolehkan anda merujuk kembali apa yang telah anda baca. Ia tidak menjamin ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan anda. Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah.
.:: Sentiasa membuat nota ringkas ::.


Kelima – Mengikut jadual sepenuhnya
Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang anda hendak lakukan pada hari tersebut. Patuhi jadual belajar anda tanpa syarat. Jangan ikut perasaan. Biar pun anda tidak suka belajar pada sesuatu masa, buka sahaj buku dan membacanya. Jika anda mempunyai disiplin yang kuat terhadap hidup, anda tidak akan lalai terhadap tanggung-jawab belajar. Pastikan anda peruntukkan masa untuk setiap mata pelajaran pada setiap hari jika anda mahu mencapai kegemilangan dalam semua mata pelajaran.

Keenam – Mencuba soalan tahun lalu
Pelajar cemerlang memperuntukkan masa untuk menjawa contoh soalan setiap hari. Ini akan membiasakan dirinya dengan corak soalan yang sering keluar dalam peperiksaan dan bagaimana menjawabnya. Pelajar yang hanya begitu kepada buku teks tidak akan lulus dengan cemerlang kerana mereka tidak biasa dengan corak soalan peperiksaan.

Ketujuh – Ulang sebanyak kali yang boleh
Setiap fakta yang dibaca akan terus diulang sebanyak yang mampu. Tidak ada had ulangan yang akan dilakukan, Selagi ada masa, anda boleh mengulangi apa yang telah dibaca biar pun anda sudah faham atau sudah mengingatinya. Semakin banyak anda membaca, semakin tinggi keyakinan diri anda untuk lulus dengan cemerlang.

Kelapan – Sentiasa bertanya kalau tidak faham
Dekatkan diri dengan pensyarah dan guna setiap kesempatan yang ada untuk menjawab kemusykilan anda. Biar pun anda sudah faham , anda masih boleh menanya. Ini akan menguatkan kefahaman dan ingatan anda. Anggapkan pensyarah anda, kakak atau abang anda, kawan-kawan anda sebagai orang yang boleh membantu anda dalam hal ini.

.:: Sentiasa melakukan perbincangan ::.

Kesembilan : Berikan penumpuan pada pelajaran yang lemah

Jika anda lemah dalam bahasa Inggeris atau matematik, peruntukkan masa yang lebih untuk ulangkaji. Elakkan memilih mata pelajaran yang disukai dan abaikan mata pelajaran yang anda kurang suka. Buat tanda pada bahagian yang anda rasa perlu penumpuan lebih. Gunakan simbol dan lorekkan bahagian yang anda anggap penting. Jangan jadikan tidak faham, tidak ingat atau tidak pandai sebagai alasan untuk berhenti ulangkaji.

Ke sepuluh : Mengunjungi perpustakaan
Rapatkan dengan kawan yang mahu belajar. Perhatikan bagaimana mereka belajar dan semarakkan jiwa yang kuat seperti mereka. Tukar pendapat antara satu sama lain. Berikan penemuan dan berkongsi soalan yang anda buat dengan mereka. Ini akan mengaktifan suasana tolong menolong dalam haluan memajukan pelajaran masing-masing.

 .:: Rajinkan kaki datang ke perpustakaan ::.


Ke sebelas : Menjadi model dalam rumah

Jadikan diri anda sebagai contoh kepada adik-adik lain. Beritahu mereka “Jangan membuang masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak menyumbang kepada masa depan.” Semakin anda memberi galakan untuk mereka , semakin tinggi semangat anda untuk menjadi contoh kepada mereka. Apa yang anda serukan akan menjadi panduan dalam hidup anda sendiri.

Ke dua belas : Imbangkan masa kokorikulum dan akademik
Jika anda berada dalam tahun peperiksaan , jangan terlalu menumpukan perhatian pada kokorikulum kerana ini akan melalaikan diri dalam bidang akademik. Jika anda mahu berjaya dalam akademik, anda perlu mempunyai masa ulangkaji yang cukup di rumah. Jika masa minima tersebut tidak dipenuhi, anda mungkin perlu berjaga malam atau bangun pagi.

Ke tiga belas : Belajar mengikut rentak sendiri
Jangan membandingkan diri dengan pelajar yang mantap dalam prestasi peperiksaan. Anda perlu mengenal rentak sendiri dan pastikan anda mematuhi rentak tersebut. Jika anda seorang pelupa, pastikan anda mengatur masa ulangkaji kedua atau ketiga pada minggu-minggu yang akan datang. Jika anda perlukan bimbingan tambahan , dapatkan tuisyen.

Ke empat belas : Persiapan minda sebelum ulangkaji

Lelapkan mata untuk beberapa minit dan wawasankan hidup anda kelak. Apa yang anda hendak capai. Apakah corak hidup yang anda hajatkan. Apakah yang hendak anda berikan kepada ahli keluarga serta ibu bapa anda sebagai tanda kasih sayang dan terima kasih. Adakah anda berhajat hendak mengharumkan nama keluarga dan negara anda ? Apakah kejayaan peringkat remaja yang membanggakan diri anda dan keluarga anda? Bila anda membaca buku, kaitkan dengan hidup anda. Anda bukan sekadar mahu lulus cemerlang dalam peperiksaan , anda mahukan hidup yang baik dan berkualiti.

Ke lima belas : Elakkan gangguan emosi
Semua perkara yang merunsingkan dan mengganggu konsentrasi waktu belajar perlu diketepikan. Beritahu diri anda , “saya tidak relakan masa depan saya tergadai oleh perkara yang remeh-temeh ini.” Sebaik pemikiran atau perasaan negatif timbul, tuliskan pada kertas . Layankan semua gangguan ini selepas peperiksaan. Anda boleh gunakan musik latar yang lembut untuk menjadikan suasana belajar lebih menyelerakan (jika sesuai).

 .:: Janganlah anda tertekan ::.


Ke enam belas : Kurangkan kerja rumah tangga

Jika anda pada tahun peperiksaan , maklumkan hajat anda untuk berjaya dan minta adik-adik anda menolong anda dalam beberapa aspek kerja rumah tangga. Amalkan sikap tolong menolong dalam keluarga. Bila masanya mereka yang menduduki peperiksaan, sama-sama menolong dirinya. Budaya berkongsi beban kerja rumah tangga seperti mencuci kasut, menyapu lantai dan lain-lain akan memberi lebih masa untuk anda belajar.

Ke tujuh belas : Rancangkan jadual ulangkaji setahun
Tetapkan ulangkaji anda. Sebulan sebelum peperiksaan , anda perlu siap ulangkaji. Pastikan setiap mukasurat dibaca, dan setiap soalan dijawab. Ini boleh dilakukan dengan membahagikan bilangan mukasurat buku dengan bilangan hari yang ada. Jika anda gagal mengulangkaji mukasurat berkenaan pada hari yang ditetapkan pangkahkan dengan besar menggunakan pensil. Pastikan anda membaca mukasurat ini sebelum peperiksaan tiba. Tapi, sebelum anda membaca mukasurat yang terhutang, pastikan anda telah siap ulangkaji mukasurat yang ditetapkan untuk hari tersebut.

Ke lapan belas : Belajar menyesuaikan diri dengan semua keadaan
Biar pun rumah anda bising, panas atau kurang selesa; ia tidak menjadi penghalang untuk anda mengulangkaji. Kadang-kadang , kita perlu belajar menyesuaikan diri dengan kekurangan yang ada. Semakin mencabar keadaan anda , semakin besar ujian ketahanan diri anda. Beritahu diri anda , “biar apa yang berlaku, saya tetap dapat menjalankan tugas saya kerana saya seorang yang tahan lasak.”

Ke sembilan beas : Berhati-hati dengan kawan yang tidak sehaluan dengan anda
Jika anda mahu belajar tetapi rakan-rakan anda tidak suka belajar. Mereka cuba mempengaruhi anda dengan seribu satu jenis kegiatan yang hanya membuangkan masa anda. Berani berkata “tidak” dan menolak mereka dengan lembut. Jangan sekali-kali menjadi mangsa kepada mereka kononnya anda tidak mahu melukakan hati mereka. Jika anda mengikut rentak mereka, anda akan melukakan masa depan sendiri.

Ke dua puluh : Terus belajar biar pun tidak menampakkan kemajuan
Jangan mengukur prestasi anda kerana tidak menampakkan kemajuan yang nyata dalam keputusan peperiksaan. Setelah anda bertungkus-lumus, anda mungkin mahu kemajuan. Teruskan usaha dan jangan berhenti.

Ke dua puluh satu : Terokai bakat dan minat anda
Sambil anda berjuang untuk peperiksaan, peruntukkan masa juga untuk bidang yang anda hendak ceburi. Mungkin anda minat dengan bidang kedoktoran, baca majalah dan bahan rujukan am yang berkaitan dengan cita-cita anda tersebut. Gunakan bakat anda untuk berbakti kepada keluarga atau IPT anda. Jika anda minat dalam bidang kejuruteraan, peruntukkan masa untuk belajar membaiki kereta atau anda juga boleh menolong kawan anda membaiki kereta mereka. Kegiatan sedemikian menjadikan makna pembelajaran lebih nyata. Anda tahu mengapa anda belajar kerana anda mempunyai hala tujuan yang nyata.

 .:: Doktor ::.

 .:: Jurutera ::.

Kesimpulan
Belajar adalah suatu seni. Jika anda tahu menguasai seni tersebut , anda boleh berjaya biar pun diri anda mempunyai beberapa kekurangan. Semoga lembaran ini menguatkan ikhtizam anda untuk mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam pelajaran.

Thursday, 19 May 2011

.:: PeNGuRuSaN MaSa ::.

PENGENALAN
     Pengurusan masa bermaksud anda mampu menguruskan masa secara berkesan bagi melakukan aktiviti harian dan merasa puas hati dengan apa yang telah anda lakukan. Pengurusan masa yang berkesan merupakan ciri penting di dalam gaya hidup yang sihat. Menguruskan masa melibatkan penggunaan peralatan dan kaedah atau teknik untuk merancang dan menjadualkan masa dengan sesuai dan tepat. Peralatan dan teknik tersebut bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan penggunaan masa anda. Pengurusan masa amat penting bagi membantu remaja mengurus dan mengendalikan masa dengan bijak dan bertanggungjawab.



KEPENTINGAN PENGURUSAN MASA
Apabila anda gagal untuk menguruskan masa dengan bijak, anda mungkin:
  • Membazir banyak masa yang berfaedah.
  • Menjadi tidak produktif.
  • Mendapat stress.
  • Menjadi cemas dan bimbang.
  • Bertambah gusar dan mudah marah.
Dan yang paling utama, anda:
  • Gagal menyiapkan apa-apa tugasan pada masa yang ditetapkan.
Keadaan stress kerana kerja yang tertangguh.

Masa amat penting untuk semua makhluk di dunia ini. Di dalam al Quran  banyak ayat yang menyentuh tentang pentingnya mengurus masa. Salah satu ayat al Quran yang menyentuh kepentingan masa adalah seperti berikut. Maksdunya:

    "Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran"

 
PEMBAHAGIAN MASA
    Pembahagian masa kepada semua manusia adalah sama banyak. Setiap orang akan menerima masa yang sama dalam sehari iaitu 24 jam. Penggunaan masa dalam sehari, seminggu,sebulan dan seterusnya akan memberi faedah hanya kepada mereka yang pandai mengurus masa.


    Dalam hal ini Rasullulah s.a.w berpesan: Bersedialah
  1. Masa hidup sebelum mati
  2. Masa sihat sebelum sakit
  3. Masa muda sebelum tua
  4. Masa kaya sebelum miskin
  5. Masa senang sebelum susah
    Peringatan ini kepada semua pihak terutamanya kepada para pelajar yang akan menempuh alam peperiksaan.Persediaan masa belajar diperingkat awal akan memudahkan pelajar menghadapi persediaan peperiksaan pada peringkat akhir.Jika penggunaan masa dapat diatur dengan bijak sudah pasti akan membawa kejayaan yang cemerlang.



                                                      Kejayaan bersama



Faktor-Faktor Pengurusan masa.         
     Sebelum dapat mengurus masa dengan bijak, terdapat beberapa perkara atau faktor yang boleh menyebabkan seseorang kehilangan masa dengan cara tidak berfaedah. Misalnya:
  1. Keluarga
  2. Rakan
  3. Aktiviti yang tak berfaedah
  4. Pengaruh media massa.
  5. Sikap.

                                                               Keluarga

                                  Pengaruh yang paling kuat adalah kawan-kawan.


CARA PENGURUSAN MASA
Terdapat beberapa kaedah mengurus masa agar tidak terbuang begitu saja. Misalnya:
  1. Senaraikan semua aktiviti yang dijalankan dalam satu hari.
  2. Susun atur aktiviti berdasarkan kepentingannya.
  3. Elakan menyenarai aktiviti yang tidak berfaedah.
  4. Agihkan masa dalam sehari untuk setiap aktiviti.
  5. Buat satu jadual untuk aktiviti anda dengan masa yang diperuntukkan.
  6. Disiplinkan diri melakukan semua aktiviti yang telah anda tetapkan.
  7. Jika berjaya dalam sehari,cuba buat jadual aktiviti dalam masa seminnggu.
Jika amalan di atas dapat dilakukan dengan teratur dan berdisiplin,sudah pasti para pelajar dapat menggunakan masa dengan baik.


Friday, 22 April 2011

::. Makanan SegEra ::.

Apakah itu makanan segera?
Makanan segera kebiasaannya boleh diperolehi daripada premis-premis makanan yang berkonsepkan perkhidmatan penyediaan makanan yang cepat dan selesa.

 Malaysian favourite food. KFC

Also Malaysian Favourite food, McDonald aka McD


Yang ni plak BURGER KING.. wah! ngidam kot.

Hidangan daripada PIZZA HUT.. wah! dah lme x makan.

Bolehkah anda mengambil makanan segera? 
Makanan segera boleh diambil sebagai sebahagian daripada sajian sihat harian anda. Pilih dan ambil makanan segera dengan bijak serta hadkan pengambilannya sehingga 1 hingga 2 kali sebulan kerana makanan segera lazimnya mengandungi kandungan lemak, kolesterol dan garam yang tinggi.

Beberapa garis panduan boleh diambil, antaranya adalah seperti berikut :
  • Memesan ayam panggang bagi menggantikan ayam goreng atau ikan goreng.
  • Memesan sajian makanan segera yang bersaiz kecil.
  • Mengetahui kandungan lemak dalam beberapa jenis makanan segera. Pilih menu yang mengandungi kurang dari 20 hingga 25g lemak. Sebagai contoh, pesan sandwich ayam panggang tanpa mayonis (mengandungi 8g lemak) dan kentang saiz sederhana (mengandungi 12g lemak) ; atau pilih burger keju bersaiz kecil (mengandungi 13 hingga 29g lemak) tanpa mengambil kentang goreng.
  • Elakkan mengambil hidangan pencuci mulut, manisan, milk shake, pai bersama-sama dengan sajian makanan segera anda.
  • Tidak mengambil mayonis bagi mengurangkan jumlah kalori ( 1 sudu mayonis=100 kalori) dan tambahkan mustard, tomato, daun salad, acar dan / atau bawang.
  • Pilih minuman gas berkalori rendah, susu rendah lemak, jus buah-buahan, teh atau air dan elakkan pengambilan minuman yang berkalori tinggi.
  • Elakkan pengambilan makanan berkalori tinggi. Kalori boleh meningkat sehingga lebih dari dua kali ganda dengan pengambilan makanan bergoreng.
  • Hadkan pengambilan sos salad,pasta salad, salad kentang, keju dan kekacang. Ambil daun salad, tomato, cendawan, lobak merah, saderi dan timun dengan banyak.Ambil sos salad yang rendah kalori.
  • Bawa sebiji buah-buahan segar seperti buah pisang, epal atau oren sebagai tambahan kepada menu makanan segera anda.
  • Pilih kentang bakar.Tambahkan keju, sos cili/tomato atau 2 sudu makan keju kisar dan/ atau krim masam pada kentang bakar tersebut. 
Kandungan nutrien dalam makanan segera. 
Kandungan kalori makanan-makanan segera bergantung kepada :
  • Saiz makanan tersebut.
  • Penambahan bahan lain seperti sos atau serbuk-serbuk roti.
  • Kaedah memasak yang digunakan (goreng atau bakar)
  • Kandungan kalori bahan makanan mentah sebelum dimasak/disediakan.

Contoh kandungan KOLORI dalam hidangan:










Wednesday, 20 April 2011

::. Gambaran hari Kiamat..( bacalah..jika kamu seorang manusia) part 1 ::.

   *Pesanan : Belajarlah menghabiskan pembacaan sehingga titik akhir. Itu ciri manusia berguna.

Pada posting kali ini, saya ingin kongsikan bersama sahabat sekalian tentang Gambaran Hari Kiamat. Sebelum memberi contoh gambaran tentang hari Kiamat, adakah anda tahu apakah maksudnya?  

Kiamat berasal daripada perkataan Arab iaitu "qiam" yang bermaksud "bangun" atau "bangkit". Hari kiamat membawa maksud secara keseluruhannya ialah "Hari kebangkitan", yang dimaksudkan kebangkitan ialah kebangkitan semula makhluk dari kematian. (wikipedia)



Mari kita lihat antara tanda-tanda ataupun gambaran tentang Hari Kiamat :-

Gambaran Hari Kiamat

1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
  • Pemimpin yang adil.
  • Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
  • Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
  • Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
  • Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
  • Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
  • Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

15. ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.


    Sesungguhnya yang d nyatakan d atas hanyalah sebahagian kecil sahaja. Ini antara yang saya dapatkan kongsikan bersama sahabat-sahabat sekalian. Bukanlah untuk menakutkan, tetapai hanyalah untuk memberikana peringatan kepada anda dan diri saya sendiri. Sesungguhnya kita hanya hidup sementara.


    Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW; Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ; Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
  • Sedekah/amal jariahnya.
  • Doa anak²nya yang soleh.
  • Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Thursday, 14 April 2011

.:: Kelebihan Surah Al-Ikhlas ::.

Assalamualaikum wbt....

Saya ingin kongsikan kepada semua kelebihan surah al-ikhlas jika di amalkan Dalam kehidupan sehari hari...

Surah Al-Ikhlas
Beserta terjemahan Bahasa Melayu.
Terjemahan dalam omputeh.


Sebelum kita membicarakan keutamaan Surat Al-Ikhlas, terlebih dahulu akan disampaikan tentang nama-nama Allah swt dari Surat Al-Ikhlas itu sendiri. Nama Surat Al-Ikhlas itu jumlahnya ada 20 nama yakni :

  • At-Tafrid.
  • At-Tauhid.
  • At-Tajrid.
  • Al-Ikhlas.
  • An-Najat.
  • Al-Wilayah.
  • An-Nisbah.
  • Al-Ma’rifah.
  • Al-Jamal.
  • Al-Muqasyqasyah.
  • Al-Mu’awwidzah.
  • As-Shamad.
  • Al-Asas.
  • Al-Maani’ah.
  • Al-Muhtadhar.
  • Al-Munfiroh.
  • Al-Baroah.
  • Al-Mudzkiroh.
  • An-Nuur.
  • Al-Insan.

     Banyak nama menunjukkan banyak kelebihan. Mengingat Surat ini mengandung akidah yang sangat mendasar, maka keutamaannya cukup banyak. Antara lain sebagai berikut :

1. Hadis riwayat Anas bin Malik, menyatakan bahwa Rasulullah Saw bersabda : Barangsiapa membaca Surat Al-Ikhlas satu kali, seolah-olah dia membaca sepertiga Quran. Barangsiapa membacanya dua kali, seolah-olah dia membaca dua pertiga Quran. Barangsiapa membacanya tiga kali, seolah-olah dia membaca Quran seluruhnya. Dan barangsiapa membacanya sepuluh kali, dibina Allah untuknya sebuah rumah dalam surga terbikin dari permata ya’kut yang berwarna merah.”

2. Sabda Rasulullah Saw yang maksudnya : “Hai Aisyah, engkau jangan tidur dulu sebelum engkau kerjakan empat perkara : 1. Khatamkan Al-Quran, 2. Jadikan semua Nabi membelamu nanti pada hari kiamat, 3. Jadikan semua orang mukmin rela kepadamu, dan 4. Kerjakan Haji dan Umrah.” Kemudian Rasulullah pun shalat, sedangkan Aisyah tinggal ditempat tidur. Selesai Shalat, Aisyah pun berkata : “Rasulullah, tebusanmu ibu dan ayahku, Rasulullah suruh saya mengerjakan empat perkara yang saya tidak sanggup melakukannya pada waktu ini.” Beliau tersenyum, seraya bersabda : ” Apabila engkau membaca Qul Huwallahu Ahad (tiga kali), maka seolah-olah engkau telah mengkhatamkan Al-Quran. Jika engkau membaca shalawat kepadaku dan kepada semua Nabi sebelumku, maka kami nanti akan mensyafaatkanmu pada hari kiamat. Dan apabila engkau meminta ampunkan orang-orang mukmin, maka tentu semua mereka nanti akan rela kepadamu. Dan apabila engkau membaca “Subhanallah, Walhamdulillah, Walailahaillallah, Wallahu Akbar, maka sesungguhnya engkau berarti telah mengerjakan Haji dan Umrah.”

Hadis itu menerangkan, kalau mau tidur setelah badan tergeletak diatas ranjang, maka baik dibaca:

  • Surat Al-Ikhlas tiga kali --> Sama pahalanya dengan membaca satu khatam Quran.
  •  Shalawat kepada Nabi Muhammad Saw dan Nabi-Nabi lainnya, dengan mengucap --> Allahumma Sholli ‘ala Sayyidina Muhammad Wa ali Muhammad wa’ala jami’il anbiyaai wal mursalin.
  • Mendoakan orang-orang mukmin dengan mengucapkan tiga kali, "Allahummaghfir lil muslimina wal muslimat, wal mukiminina wal mukminat".
  • Membaca raja tasbih tiga kali, yakni : Subhanallah, Walhamdulillah, Walailaha illallah, Wallahu Akbar, Wala haula walaquwwata illa billahil ‘aliyyil ‘adzim.” --> Apabila dibaca tiga kali tasbih ini, maka sama pahalanya dengan satu kali Haji dan Umrah.

3. Pada suatu hari seorang laki-laki melaporkan halnya kepada Rasulullah Saw tentang kesusahan hidup yang dideritanya. Ia mohon supaya diajarkan amalan singkat untuk menghilangkan kesempitan hidup itu. Maka Rasulullah Saw menyuruhnya supaya setiap kali masuk kerumah sendiri, memberi salam kemudian membaca surat Al-Ikhlas tiga kali. Jika rumah kosong tidak ada orang didalam, maka memberi salam kepada Rasulullah SAW kemudian sambil melangkah masuk dibaca tiga kali surat Al-Ikhlas. Laki-laki itupun mengamalkannya, alhamdulillah lapang rezekinya, melimpah sampai kepada jiran tetangganya.

4. Pada suatu hari Rasulullah Saw sedang duduk dalam mesjid Madinah. Tiba-tiba datang rombongan mengusung jenazah untuk di shalatkan. Para sahabat mempersilahkan Nabi untuk menyembahyangkannya . Beliau bertanya : ”Apakah mayat ini meninggalkan hutang? Mereka menjawab : ” Ya, benar, dia meninggalkan hutang sebanyak 4 dirham.” Lantas beliau bersabda : ” Saya tidak mau menyembahyangkan mayat yang meninggalkan hutang. Shalatkan kamulah dia.” Pada saat itu Jibrilpun datang seraya berkata : “Hai Muhammad, Allah berkirim salam kepadamu. Dia berfirman : “Aku sudah mengutus Jibril menyamar seperti mayat itu dan sudah melunaskan hutangnya. Tegaklah, shalatkan dia karena dian sudah diampuni Allah dan barangsiapa yang ikut menyembahyangkannya , niscaya diampuni Allah pula dosanya.” Nabi Muhammad Saw pun bertanya : ” Hai Jibril, dari mana dia memperoleh kehormatan ini “? Jibril menjawab :”Dia mendapat kehormatan itu, karena setiap hari membaca seratus kali Qul Huwallahu Ahad.” Didalamnya terdapat keterangan tentang sifat-sifat Allah dan pujian terhadap-Nya”

Hadis itu menunjukkan barangsiapa membaca “Qul Huwallahu Ahad” seratus kali dalam sehari, maka Allah akan melunaskan hutangnya sebelum mati.

5. Rasulullah Saw bersabda yang maksudnya :”Barangsiapa membaca surat Al-Ikhlas pada sakit yang membawa kepada kematiannya, niscaya mayatnya tidak busuk dalam kubur, hadis lain menyatakan tidak terfitnah dalam kuburnya, aman dari kesempitan kuburan, dan para Malaikat akan membawanya dengan sayap-sayapnya melalui titian shirotol mustaqim sampai kesurga.”

6. Menurut hadis Anas bin Malik, bahwa Rasulullah Saw bersabda : “Barangsiapa membaca Qul Huwallahu Ahad 50 kali, niscaya diampuni dosanya lima puluh tahun.”

7. Menurut Hadis Anas bin Malik, Rasulullah Saw bersabda yang maksudnya ” Barangsiapa membaca Qul Huwallahu Ahad sepuluh kali dibina Allah untuknya satu istana didalam surga. Barangsiapa membacanya 20 kali, dibina Allah untuknya dua istana dalam surga. Barangsiapa membacanya 30 kali maka dibina Allah untuknya tiga istana dalam surga. Umar bin Khattab berkata: ” Ya, Rasulullah, kalau begitu akan banyaklah istana kami dalam surga” Maka Rasulullah Saw bersabda : “Allah lebih lapang (luas) dari pada itu.” Maksudnya, bagi Allah berapapun jumlah istana itu soal mudah.

8. Hadis Anas bin Mali menyatakan bahwa Rasulullah Saw bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa membaca Qul Huwallahu Ahad sekali, dia diberkati. Barangsiapa membacanya dua kali dia dan keluarganya diberkati. Barangsiapa membacanya tiga kali, dia, keluarga dan jiran tetangganya diberkati. Barangsiapa membacanya 12 kali, dibina Allah untuknya 12 istana didalam surga. Jika dibacanya 100 kali, maka dihapuskan Allah dosanya (dosa kecil) selama 50 tahun, kecuali pertumpahan darah dan harta benda. Jika dibacanya 200 kali, dihapuskan dosanya 100 tahun. Jika dibacanya 1000 kali, niscaya sebelum mati telah dilihat atau diperlihatkan kepadanya tempatnya dalam surga.”

9. Menurut hadis riwayat Ibnu Abbas, Nabi Muhammad Saw bersabda yang maksudnya : “Tatkala saya dalam perjalanan Israk Mi’raj kelangit, saya melihat ‘Arasy ditegakkan atas 360.000 sudut. Jarak dari satu sudut kesudut lainnya, kira-kira 300.000 tahun perjalanan. Dibawah setiap sudut itu terdapat 12.000 padang pasir. Panjang setiap padang pasir itu dari matahari terbit kematahari terbenam. Disetiap padang pasir itu terdapat 80.000 Malaikat membaca Qul Huwallahu Ahad.” Selesai membaca mereka menyatakan :”Ya Tuhan, kami hibbahkan pahala bacaan kami ini kepada setiap orang yang membaca Surat Al-Ikhlas, baik dia laki-laki maupun wanita.” Para sahabat kagum tercengang mendengarnya. Lantas Rasulullah Saw bertanya :”Herankah kamu, sahabat-sahabatku ? Mereka menjawab : ” Ya,benar kami heran.” Beliau melanjutkan :”Demi Allah yang diriku ditangan-Nya, “Qul Huwallahu Ahad” tertulis disayap Jibril. “Allahush Shomad” tertulis disayap Mikail. “Lam Yalid Walam Yulad” tertulis disayap Izrail. “Walam Yakun Lahu kufuan Ahad” tertulis disayap Israfil. Maka barangsiapa diantara ummatku membaca “Qul Huwallahu Ahad” niscaya dikurniai Allah ia pahala orang yang membaca Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.” Kemudian beliau bertanya lagi:”Herankah kamu, mendengarnya? . Mereka menjawab:”Ya, benar kami heran.” Lantas beliau bersabda :”Demi Allah yang diriku ditangan-Nya, “Qul Huwallahu Ahad” tertulis di kening Abu Bakar Shiddiq. “Allahush Shomad” tertulis dikening Umar Al-Faruq. “Lam Yalid Walam Yulad” tertulis dikening Usman Zin-Nurain. Dan “Walam Yakun Lahu Kufuan Ahad ” tertulis dikening Ali As-Sakhiy. Maka barangsiapa membaca Surat Al-Ikhlas niscaya dikurniai Allah ia pahala Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali.

10. Menurut Hadis Al-Baihaqi, dari Umamah Al-Bahili, bahwa Jibril telah mendatangi Nabi SAW bersama dengan 70.000 Malaikat di Tabuk Jibril berkata :”Rasulullah, saksikan jenazah Muawiyah dari Tabuk bersama Jibril dan sejumlah Malaikat lain. Kemudian Rasulullah Saw bersabda :” Jibril, apa sebabnya Mu’awiyah beroleh martabat seperti itu.? Jibril menjawab :”Dia memperoleh kehormatan itu, akibat membaca “Qul Huwallahu Ahad setiap hari, sedang berdiri, duduk, ruku’ dan berjalan.

***

     Demikianlah beberapa kelebihan membaca Qul Huwallahu Ahad. Maka silahkanlah mengamalkannya, dengan ketentuan setiap membacanya, harus dibaca Bismillah.

     Karena pernah terjadi seorang laki-laki di Mekkah bermimpi, melihat ratusan ekor burung merpati terbang diatas angkasa kota Mekkah, tetapi tak seekorpun berkepala. Keesokan harinya ditanyakannya kepada seorang ahli ta’bir mimpi. Syekh ahli ta’bir mimpi itu menyatakan :”Barangkali anda rajin membaca Qul Huwallahu Ahad, tetapi tidak membaca Bismillahirrahmanir rahim dipangkalnya.“

     Bismillahirrahmanir rahim itu hurufnya 19, persis sebanyak Malaikat Zabaniyah penunggu neraka. Barangsiapa rajin membaca Bismillahirrahmanir rahim pada setiap memulai pekerjaan yang dibenarkan agama, niscaya ia terhindar dari ancaman Malaikat Zabaniyah.

Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain. 

Saturday, 9 April 2011

.:: Adab Potong Kuku ::.


kuku? haha.. pe mende tu? anda tw tak apa itu kuku? meh kita lihat..

 haa.. ni r dye kuku. terletak pada hujung jari tangan n kaki anda.

seperti gambar di atas yg kita lihat, cuba anda perhatikan terdapat 6 bentuk kuku yg berbeza. Inilah kekuasaan Allah swt yang mencipta manusia nampak sama tapi tak serupa.hee~ Sekarang lihat pada jari masing-masing anda mempunyai bentuk kuku yg mana satu?

Kuku yang bersih, cantik n pendek.

Kuku yang panjang. eeiiiiii

Pada posting kali ini, kita akan belajar bagaimana adab memotong kuku.hehe.. Nak jadikan dari kuku pada gambar kedua menjadi gambar pertama yg bersih, pendek n cantik. Nampak sihat je. Jangan ambil mudah perkara ini, nak potong kuku pun ada adab. Bukan sebarangan nak potong suka-suka kita tw.
 
Terdapat pelbagai peralatan yg boleh di gunakan untuk memotong kuku. Contohnya adalah seperti berikut: 
 Pengetip kuku d perbuat dari steel. Tahan karat ni.hehe

Ni comel sikit. Di perbuat dari steel gak. Tapi di pakaikan dengan baju.haha

pemotong kuku jenis gunting..


mungkin anda boleh gunakan gunting potong kain.haha

mungkin hanya menggunakan gig sahaja. eeeiiiuuuuww

mungkin menggunakan gergaji?? hahaha

    Di atas adalah antara peralatan yang sering n mungkin yg akan digunakan oleh mereka yang selalu potong kukulah. Itu bergantung kepada diri anda untuk pilih peralatan apa yang sesuai. 

    Tetapi, ada juga orang yang tidak potong kuku mereka. contoh boleh dilihat pada gambar berikut: 
Seorang wanita yg memiliki kuku panjang.. eeiiiiiuuu

seorang lelaki yg kukunye ntah bape lame xpotong..

Mereka berdua menunjukkan kuku mereka yg panjang.

    Janganlah sahabat sekalian menjadi seperti mereka. Yang hanya mencipta nama dengan bende mengarut. Bak kata,"Harimau mati tinggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama". Ye pun, biarlah dengan nama yang elok-elok ye.

Nak tahu kenapa x boleh bela kuku panjang-panjang?

    Jangan simpan kuku panjang walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking.

    Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

    Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang [sensor] atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala. Percayalah.

    Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan hendak anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

    And additional info, kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.
   
Jadi marilah kita belajar bagaimana nak potong kuku ni:-
Ni gambaran kaki dan tangan. Potonglah ikut nombor.hee~

Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayang kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA:.

Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;
  • Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
  • Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
  • Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
  • Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
  • Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
  • Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
  • Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.
 
 
 
P/s:Memotong kuku termasuk di dalam perkara-perkara yang dituntut oleh agama membersihkannya (sunat-sunat fitrah). ini sesuai dengan hadis Nabi saw yang bermaksud:

"Dari Abu Hurairah r.a, katanya: Bersabda Rasulullah saw perkara dari tuntutan agama iaitu bersunat, mencukur bulu ari-ari, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan menggunting misai" (Sahih Muslim)

Oleh yang demikian, seharusnya setiap muslim sama ada lelaki atau perempuan melaksanakan tuntutan Islam ini termasuk menjaga kebersihan kukunya sesuai dengan anjuran Islam supaya menjaga kebersihan dari setiap aspek sama ada anggota badan, pakaian, makanan, tempat tinggal atau persekitaran. Ini selaras dengan hadis Nabi saw yang bermaksud: 

"Kebersihan itu adalah sebahagian daripada iman"

Dalam hal ini, perempuan yang menyimpan kuku panjang termasuk dalam golongan yang tidak menitikberatkan anjuran Islam seperti yang disebutkan di atas